KPS #RideHomeSafe tawar penajaan lesen motosikal percuma bagi golongan asnaf

oleh Penyumbang Rencana 2|
Dalam meneruskan usaha untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan belia dan komuniti, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) telah melancarkan program #RideHomeSafe 2022 baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program ini bermula sejak tahun 2021 dan ia diteruskan lagi pada tahun ini dengan mensasarkan pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia dan khususnya komuniti B40 di Selangor untuk menaja lesen motosikal secara percuma. 

Pada tahun lepas, mereka telah menaja seramai 60 orang pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang berlangsung di SMK Seksyen 19 Shah Alam. Kali ini, seramai 140 peserta telah dipilih untuk mendapat tajaan lesen motosikal. Ini termasuklah penajaan kepada  80 orang asnaf yang terpilih dan golongan B40 di sekitar Selangor.
 

KPS


Program keselamatan jalan raya ini juga merangkumi pendidikan pembelajaran secara maya bagi memudahkan semua pelajar untuk menyertainya seterusnya memiliki lesen tersebut secara sah. 

Dengan kerjasama strategik KPS bersama PDRM dan JPJ dan penduduk kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya taklimat keselamatan jalan raya daripada Bahagian Keselamatan Jalan Raya, pameran PDRM, JPJ dan banyak lagi.

KPS akan terus komited dalam menjayakan program #RideHomeSafe dalam membantu menangani jumlah penunggang motosikal yang tidak berlesen di kalangan golongan belia di Selangor, khususnya di kalangan keluarga B40. 

Penulis: IZRA