KPN: Nama pesalah PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah

oleh SALINA JALIL|
Nama mereka yang didapati bersalah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan dalam daftar jenayah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pesalah PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah,” katanya ringkas ketika diminta mengulas sama ada pesalah PKP akan mempunyai rekod jenayah selepas ditahan.

 

Beliau berkata, meskipun nama tidak direkodkan, ia bukanlah 'tiket' untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

 

“Orang ramai perlu patuh PKP, hukuman dan penjara terhadap mereka yang ingkar PKP amat memeritkan,” katanya.

 

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 683 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKP semalam dengan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 29 April adalah seramai 22,432 individu.

 

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…