KPN - Bukan semua dikompaun RM10,000, polis ada pertimbangan!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Nilai kompaun RM10,000 yang bakal dilaksanakan 11 Mac depan hanya dikenakan ke atas individu yang mengulangi kesalahan serta mencetuskan penyebaran wabak COVID-19.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kompaun dengan nilai berkenaan bukannya dikenakan bagi semua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Timbul soalnya adakah tidak serik ke dengan RM1,000 ini atau macam RM5. Bagaimana itu satu, pesalah berulang, orang degil sebab dia kaya, dia hendak buka pusat hiburan. Sekali buka 4-5 jam keuntungan dia RM20,000, RM30,000. Apalah RM1,000, mereka buat lagi.

 

Anak buah saya berapa ramai yang ditawarkan (rasuah). Biarkan ini dadah, banyak hendak disebarkan. Mereka yang kena orang macam ini, yang jadi sasaran polis hendak naikkan kompaun RM1,000 ke RM10,000. Mereka yang degil rentas negeri bawa kluster, ini akan kena RM10,000. Bukan disasarkan kepada semua,” katanya kepada pemberita.

 

Selain itu beliau berkata mereka yang dikenakan kompaun itu turut diberikan peluang untuk merayu pengurangan dari Kementerian Kesihatan.

 

Kompaun itu bukan bersifat kejam dan pihak polis juga mempunyai pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun.

 

Katanya lagi berdasarkan modul yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan serta kebimbangan peningkatan kes mendadak, kompaun berkenaan wajar dinaikkan bagi menggambarkan betapa seriusnya peningkatan kes.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…