KPDNKK serbu pengedar jual alat ganti tiruan Hyundai, Kia

oleh Mohamad Hanif|
Serbuan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini mengesahkan segelintir pengedar alat ganti kenderaan menjual alat ganti tiruan menggunakan jenama Hyundai dan Kia.

Menurut peguam yang mewakili Hyundai Mobis Korea Selatan, Chong Tze Lin berkata, perkara tersebut disahkan oleh Kementerian setelah serbuan selama tiga hari itu dijalankan. 

Pengumuman tersebut dibuat pada sidang media di pejabat peguam Wong & Partners. 
 


Hyundai Mobis, pengeluar alat ganti tulen jenama Hyundai dan Kia melihat perkara ini sebagai satu pengkhianatan terhadap keselamatan pengguna, dan sesetengah pengedar menjual barangan tiruan tersebut pada harga barangan asli. 

Sebanyak 30 buah tempat terbabit di dalam serbuan yang melibatkan pegawai daripada cawangan Gombak, Kuala Lumpur dan Shah Alam. 

Antara barangan yang terlibat termasuklah penapis minyak, penapis udara, pad brek dan palam pencucuh. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bawah perjanjian ini, Grab dan Hyundai Motor Group akan membawa bersama pemegang kepentingan di…
Berita Global
Ini bermakna, Luc bakal memantau keseluruhan operasi unit rekaan bagi kenderaan jenama Hyundai, Kia…
Berita Domestik
Mungkin alasan yang diberikan ialah sedan segmen-C kurang mendapat perhatian dalam pasaran tempatan…