KPDNKK risau harga petrol/diesel dunia turun bakal bunuh pengusaha stesen minyak

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa harga runcit untuk petrol dan diesel akan terus diumumkan setiap minggu seperti sekarang dan tidak akan diubah kembali kepada setiap bulan seperti yang diminta oleh beberapa pihak.

Menurut laporan Astro Awani, KPDNKK juga masih mengkaji formula baharu untuk menentukan harga petrol dan diesel bagi menstabilkan industri minyak negara.

Pihak kementerian dilaporkan telah berjumpa dengan syarikat-syarikat minyak untuk membincangkan formula tersebut untuk memastikan ia tidak merugikan mana-mana pihak.

Jumaat lalu, Hamzah telah mengumumkan bahawa satu formula pengiraan baharu untuk harga bahan api akan diumumkan bagi mengelakan pengusaha stesen minyak kerugian sekiranya harga bahan api itu terus susut mengikut kaedah sekarang.

Beliau seterusnya berkata formula baharu itu perlu memanfaatkan semua pihak termasuk pengguna kerana sekiranya pengusaha stesen tutup, pengguna juga akan turut mengalami kesusahan.

Ketika ini terdapat 3,500 buah stesen minyak di seluruh negara.

“Jarak purata antara stesen minyak ialah kira-kira 25 km dan sekiranya ada yang tutup, pengguna terpaksa pergi jauh untuk mengisi minyak,” ujarnya.

Careta sebenarnya kurang faham dengan masalah ini kerana:

  • Harga bahan api ialah satu isu penting dan perlukan perancangan yang sangat rapi sebelum ia dilakukan. Bagaimana masalah ini baharu disedari walhal negara-negara lain sudah lama mengetahui masakah ini bila merkea mengubah struktur harga bahan api dari perubahan bulanan ke harian?
  • Pihak KPDNKK seolah-olah berkata sekiranya harga pasaran dunia minyak turun lagi, pengguna tidak boleh mendapat kelebihan dari faktor itu kerana ia bakal meruigkan 3,500 pengusaha stesen minyak. Berapa ramaikah penduduk di Malaysia berbanding dengan jumlah pengusaha stesen minyak?


Mungkin pengguna atau konsumer di Malaysia perlukan satu badan lain untuk menjaga hak-hak kita.