KPDNHEP: Subsidi petrol akan bermula pada Mac atau April bagi pendaftaran M40

oleh SALINA JALIL|
Pendaftaran penerima Program Subsidi Petrol (PSP) bagi isi rumah kumpulan berpendapatan sederhana, golongan berpendapatan pertengahan (M40) akan dibuka pada Mac atau April depan.


Ini susulan inisiatif kerajaan untuk menyalurkan subsidi petrol kepada kumpulan itu seperti pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2020 pada Oktober lalu
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu dalam pertemuan dengan Guan Eng minggu lalu.

 

Beliau berkata, data membabitkan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sudah lengkap untuk proses pemberian subsidi.

 

“Kementerian Kewangan memaklumkan proses pendaftaran kategori penerima M40 akan hanya dibuka pada akhir suku pertama tahun ini. Barangkali pada awal suku kedua.

 

“Penerima B40 telah pun lengkap datanya, manakala M40 oleh kerana Menteri Kewangan baru umumkan dalam bajet pada Oktober. Dalam bajet itu, beliau kata pelaksanaan untuk M40 pada tahun ini.

 

“Jadi, ada kewajaran untuk pelaksanaan itu nanti disekalikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Khalid Samad di Stadium Rhino KV Arena, di sini, semalam..

 

Beliau berkata, antara isu yang cuba diselaraskan ialah penerima B40 mendapat subsidi melalui pembayaran tunai, manakala M40 menggunakan kad.

 

“Jadi dengan penangguhan ini, ia memberi peluang kepada kedua-dua kementerian untuk mencapai satu keputusan yang apabila dilaksanakan nanti ia haruslah ‘seamless’ (lancar). Ia tidak ada kecoh. Apabila rakyat ke pam minyak, dia tidak rasa apa-apa perubahan. Itu yang terbaik,” katanya.

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi itu bertujuan…
Berita Domestik
  "Pihak kami telah menerima aduan daripada seorang lelaki secara rasmi yang lengkap dengan bukti…
Berita Domestik
  Beliau berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,126…