KPDN berkata, umum mengetahui bahawa penyelarasan harga bahan api tersebut hanya terpakai di Semenanjung bermula 10 Jun lalu.
Menurutnya, Sabah dan Sarawak berkecuali kerana masih menikmati diesel pada harga RM2.15 per liter.
"Nasib baik semak resit kan? Begitulah pentingnya semak resit sekiranya berlaku perubahan harga seperti ini, ada bukti dan boleh dapat ganti rugi.
"Sebagai peniaga beretika, menjadi tanggungjawab untuk menjual pada harga yang ditetapkan dan mengembalikan wang atas kesilapan tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, pihak media melaporkan kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung RM3.35 per liter selaras dengan pelaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.
Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penetapan dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula 'Automatic Pricing Mechanism'.
Menurut beliau, untuk tempoh seterusnya, harga diesel semasa akan diumumkan pada setiap Rabu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan (MoF).