KPDN - Pemasangan CCTV sasar stesen minyak dalam radius 25km dari sempadan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merancang untuk memasang lebih 20 kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini tahun ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata CCTV itu akan dipasang di stesen minyak terpilih yang dipercayai menjadi tumpuan penyeludup bahan api itu.

KPDN negeri, katanya sedang menyediakan draf projek itu dan apabila siap, ia akan diserahkan kepada ibu pejabat untuk kelulusan.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Beliau memaklumkan di Kelantan terdapat 48 stesen minyak dalam radius 20 kilometer (km) dari sempadan.

"Bagi tujuan pemantauan, kami bercadang memasang CCTV di stesen terpilih khususnya di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

"Langkah ini bertujuan mengelak pembelian bahan api berulang yang disyaki untuk tujuan penyeludupan dan sebagai permulaan, kita akan memasang sekitar 20 stesen minyak dengan CCTV.

"Fasa pertama pemasangan akan bermula tahun ini," katanya selepas melancarkan pertandingan reka bentuk fesyen pengguna peringkat negeri di Kelantan pada Sabtu. 

Dalam pada itu, beliau berkata pemasangan CCTV di stesen minyak di kawasan sempadan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan turut dilengkapi sistem WiFi yang boleh diakses terus kepada pejabat KPDN tanpa penguat kuasa hadir ke premis terbabit.

"(pemasangan ini) masih di peringkat perbincangan kerana stesen minyak ada dua jenis iaitu milik peribadi dan syarikat... jadi kita perlukan sedikit lagi masa.

"Apa yang pasti pemasangan CCTV akan dibuat di separuh dulu (stesen minyak) iaitu sekitar 25 km dari sempadan negara dan bukan dipasang secara serentak semuanya," katanya.

Azman berkata, sekurang-kurangnya dua unit CCTV diperlukan di setiap stesen minyak namun bergantung kepada pemilik premis untuk pemasangan di sudut yang difikirkan sesuai.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, siasatan ke atas sindiket yang beroperasi di Sibu itu…
Berita Domestik
Beliau berkata mahkamah turut menetapkan hasil penjualan rampasan minyak diesel dilucut hak untuk…
Berita Domestik
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Azman Adam berkata, tindakan itu sebagai salah satu langkah…