KPDN pantau 38 stesen minyak dengan kadar jualan luar biasa

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti 38 buah stesen minyak di seluruh negara, yang mencatatkan rekod penjualan minyak diesel serta RON95 secara tinggi dan luar biasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh stesen minyak tersebut berada di Sabah dan tujuh lagi di Sarawak.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Kebanyakan stesen minyak (yang mencatat jualan luar biasa) ini juga berada di daerah yang bersempadan dengan negara jiran.

KPDN turut memaklumkan Ops Tiris 3.0 yang dilancarkan sejak 1 Januari tahun ini hingga 19 September, sebanyak 31,762 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara.

Sebanyak 2,121 kes telah dihasilkan dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM81.4 juta dan seramai 531 individu telah ditangkap dalam tempoh yang sama.

Artikel sepenuhnya di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
“Cuma ada beberapa stesen yang memohon untuk membuka operasi sedikit lewat bagi memberi ruang…
Informasi
Perintah tersebut digubal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan mewajibkan semua…
Informasi
Katanya, ia bertujuan bagi memastikan penyasaran ini benar-benar mencapai objektif yang disasarkan…