KPDN cadang wujudkan pinjaman pembiayaan kenderaan, insurans khas untuk B40

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini telah mencadangkan untuk mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan kenderaan dan insurans khas bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut laporan dari Bernama, Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengadakan libat urus bersama institut perbankan dan syarikat insurans bagi memperhaluskan cadangan inisiatif tersebut.

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, "Insya-Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baharu dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka."

Menurutnya juga, beliau telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyatakan hasratnya bertemu dengan tokoh-tokoh perbankan.

Menurutnya lagi, Tengku Datuk Seri Zafrul yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu memberikan pandangan positif terhadap konsep tersebut serta bersedia untuk memberi kerjasama bagi menjayakannya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, dalam serbuan kira-kira dua pagi itu,…
Berita Domestik
"Semasa serbuan, seorang pekerja premis warga tempatan berusia 37 tahun sedang mengisi minyak…
Berita Domestik
"Bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun terdapat 37 kes dengan rampasan 17,064 liter," katanya menerusi…