Kota Tinggi: Tiga laluan maut dikenalpasti

oleh SALINA JALIL|
Jalan Johor Bahru-Mersing, Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Lok Heng-Mawai di daerah Kota Tinggi dikenal pasti sebagai tiga laluan ‘maut’.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, jumlah kemalangan di tiga laluan itu sangat tinggi termasuk membabitkan kemalangan maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, statistik dari 2018 hingga Januari 2020 merekodkan 1,485 kemalangan berlaku di Jalan Johor Bahru-Mersing membabitkan 34 kes kemalangan maut.

 

“Diikuti 232 kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Kluang dengan 11 kes kemalangan maut manakala, Jalan Lok Heng-Mawai merekodkan 108 kemalangan dengan lapan kes kemalangan maut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Ashmon berkata, antara punca utama kemalangan adalah disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

 

Katanya, polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tiga laluan itu.

 

“Pemandu dinasihatkan supaya tidak memandu melebihi had laju ditetapkan, jangan menggunakan telefon bimbit (ketika memandu) dan tidak memotong di garisan berkembar,” katanya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…
Berita Domestik
Ia selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang yang dilimpahi air banjir dan…
Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…