'Kota Raya' - filem pendek raya dari Toyota, 'Bersama Lebih Bermakna'

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor baru-baru ini telah melancarkan kempen Ramadan Raya mereka dengan tema ‘Bersama Lebih Bermakna’.


Bagi meneruskan sambutan di seluruh negara, Toyota juga baru melancarkan filem pendek Aidilfitri bertajuk ‘Kota Raya’.


Diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan, ‘Kota Raya’ memaparkan suka duka yang dihadapi golongan milenial di kota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula memainkan watak Fitri. 


Turut menampilkan cameo Duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqilah. 


‘Kota Raya’ boleh ditonton  menerusi YouTube dan platform media sosial lain.


Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.berkata, “Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti lebih ceria kerana semua orang berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung. 


Kami di Toyota mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami ke semua pusat servis kami untuk menyenggarakan kereta mereka sebelum pulang ke kampung halaman. 


Perayaan kali ini semestinya disambut bersama keluarga, setelah pulang beraya di kampung tidak dibenarkan dalam tempoh dua tahun lepas. Sudah tentu seronok untuk melihat semua orang kembali beraya bersama keluarga.” 
 

 

Sempena sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’, semua peminat Toyota dijemput menyertai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’ yang boleh disertai dari sekarang hingga 1 Mei 2022. 


Setiap pandu uji yang dilakukan membolehkan pemandu mengambil bahagian dalam peraduan dan memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100, manakala pandu uji yang disusuli oleh tempahan yang berjaya akan melayakkan pemilik Toyota peluang menerima duit raya RM200.


Sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu.


Demi membawakan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ lebih dekat dengan pelanggan, UMW Toyota Motor telah menganjurkan acara Hujung Minggu Ramadan di semua pusat pameran dan jualan baru-baru ini. 


Lebih daripada 4,000 pelanggan Toyota menikmati tawaran hebat di samping pelbagai ganjaran nilai tambah lain di bilik-bilik pameran Toyota di seluruh negara. 


Suasana perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang sudah pasti dirasai oleh ramai pelanggan, sebagai salah satu daripada aktiviti yang boleh kita nikmati bersama selepas sabar mengharungi pandemik.

 

Untuk menonton ‘Kota Raya’ dan maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’, sila klik pada https://youtu.be/TUtLMxM8n88 dan layari laman web Toyota: https://toyota.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…