Kos RFID mahal - Kerajaan tunggu laporan lengkap PLUS, Touch ‘n Go

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan kini menunggu laporan terperinci daripada Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group (TnG) berhubung kos pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang didakwa mahal hingga membebankan pengguna.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kedua-dua pihak sudah diarahkan untuk membentangkan rasional di sebalik mengenakan harga jualan bernilai RM35.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, keputusan sama ada harga pelekat RFID diturunkan atau tidak bergantung kepada pembentangan laporan itu kelak.

 

“Dari segi kos, kita sedang meneliti dan sudah minta PLUS dan TnG untuk membentangkan perinciannya supaya dapat dinilai secara bersama dengan Kementerian Kewangan.

 

“Kita mahu tahu apakah justifikasi dikenakan harga RM35, kalau tidak, kita akan memastikan untuk dikurangkan atau apakah kos yang munasabah kepada pengguna,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau projek laluan pintasan Kuala Terengganu.

 

Isu RFID menarik perhatian ramai sejak sistem bayaran tol itu dilaksanakan untuk kenderaan kelas 1 membabitkan dari laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor, bermula pada 15 Januari lalu.

 

Peralihan kepada sistem itu menjadi tular apabila PLUS menggantikan laluan Smart TAG kepada RFID selain pelbagai kelemahan lain di samping kosnya yang tinggi.

 

Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendakwa jualan pelekat peranti baharu itu dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sekeping walaupun kos sebenar kurang daripada RM1.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…