Ini menunjukkan sudah mula timbul kesedaran di kalangan para pengguna untuk memulakan inisiatif jejak karbon yang lebih hijau dan mesra alam sekitar.
Namun, tahukah anda kos sebenar pemilikan Nissan LEAF di seluruh dunia?
Negara manakah yang paling murah kos pemilikan Nissan LEAF?
Berdasarkan kajian daripada Compare The Market, mereka telah menyenaraikan kira-kira 49 buah negara yang menawarkan penjualan Nissan LEAF dan senarai itu disusun mengikut kos pembelian daripada murah sehinggalah negara yang paling mahal.
Tidak mengejutkan apabila Singapura, negara jiran kita telah tersenarai sebagai salah sebuah negara penjual LEAF yang paling mahal di dunia, dengan kos sekitar S$148,888 (RM453,222) diikuti oleh Thailand - ฿ 1,990,000 (RM262,987) dan Argentina - $61,600 (RM268,428).
Malaysia menduduki tangga ke-45 dengan harga jualan RM188,888 di atas Taiwan yang duduk di tangga ke-46 dengan harga jualan NT$1,490,000 (RM214,917).
Juara carta penjualan Nissan LEAF paling murah pula jatuh kepada Spain dengan harga jualan sekitar €25,900 (RM123,087) diikuti oleh Kepulauan Reunion - €26,000 (RM126,562) dan Portugal - €26,880 (RM127,745).
Kesemua harga di atas adalah betul ketika penukaran matawang semasa dibuat (03 April 2020).
Untuk senarai penuh, anda boleh pergi ke laman web Compare The Market menerusi pautan di bawah;