Kos membela dua SUV panas negara, mana satu lebih mesra poket?

oleh Mohamad Hanif|
Perdebatan di kalangan netizen sudah pun bermula saat Proton melancarkan model SUV terbaharunya X50 dan ia bertambah hangat dengan spesifikasi yang ditawarkan oleh 'pesaing'nya Perodua Ativa yang baharu sahaja dilancarkan tempoh hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Spesifikasi sudah pun anda ketahui dengan jelas untuk setiap varian yang ditawarkan, harga pun sudah rasmi diumumkan, satu perkara yang perlu anda pertimbangkan adalah kos servis bagi kedua-dua model SUV ini.

Harus diingatkan, walaupun kedua-dua SUV ini nampaknya berlainan segmen, netizen Malaysia tidak dapat tidak harus mengheret kedua-dua model ini untuk dibuat perbandingan dari segi harga, spesifikasi, dan tidak ketinggalan kos servis yang perlu anda hadapi saat pembelian dibuat.

 


Baca: Spesifikasi Proton X50

Baca: Spesifikasi Perodua Ativa


Jadi, untuk tidak membuang masa, mari kita banding bezakan kos servis antara kedua-dua model X50 dan Ativa, dan sebagai rujukan, harga yang dipaparkan adalah betul semasa artikel ini ditulis.

Pecahan untuk setiap selang masa servis pula adalah seperti berikut:

10,000 km/6 bulan

  • X50: RM275.54. Harga tersebut merangkumi minyak pelincir 5 liter, penapis minyak, gasket palam salir, penapis udara. Kos buruh pula adalah percuma pada ketika ini.
  • Ativa: RM160.50, merangkumi minyak enjin 3.5 liter, gasket palam salir, penapis minyak. Sama seperti X50, kos buruh untuk Ativa kekal percuma.

20,000 km/12 bulan

  • X50: RM342.70. Antara penambahan pada selang servis kali ini adalah penukaran penapis udara kabin N95 yang bernilai RM69.00.
  • Ativa: RM259.30, merangkumi minyak sintetik penuh 3.5 liter, penapis minyak, penapis udara, kos buruh (RM61.60) dan SST 6 peratus.
    kos ini juga turut sama untuk selang masa 60,000 km

30,000 km/18 bulan

  • X50: RM358.22. Antara yang perlu ditukar adalah minyak enjin lima liter, penapis minyak, gasket palam salir, penapis udara serta termasuk kos buruh dan caj SST 6 peratus.
    kos ini juga sama untuk selang masa 50,000 km dan 70,000 km.
  • Ativa: RM202.79. Penukaran minyak enjin 3.5 liter, penapis minyak, gasket palam salir, kos buruh dan juga SST 6 peratus.
    kos ini juga sama untuk selang masa 50,000 km, 70,000 km, dan 90,000 km

40,000 km/24 bulan

  • X50: RM631.07. Terdapat beberapa penambahan perkara yang perlu ditukar seperti palam pencucuh (RM96.84) dan bendalir brek (RM19.81), sementara penapis udara kabin N95 juga perlu dtukar pada selang masa kali ini.
  • Ativa: RM423.12. Untuk Ativa, selang masa kali ini memerlukan penukaran beberapa perkara seperti bendalir brek (RM28.00), dan coolant radiator (RM51.60).

60,000 km/36 bulan

  • X50: RM637.15. Tidak seperti Ativa, Proton X50 memerlukan penukaran coolant radiator setiap 60,000 km (RM135.45).
  • Ativa: RM259.30. Kos yang sama seperti selang masa 20,000 km.

90,000 km/54 bulan

  • X50: RM640.10. Untuk tempoh 90,000 km yang pertama, ini merupakan kos termahal yang perlu dibayar oleh pemilik X50 disebabkan penukaran bendalir DCT (RM237.36) selaion penukaran minyak enjin, penapis dan sebagainya.
  • Ativa: RM202.79. Kos yang sama seperti selang masa 30,000 km.

100,000 km/60 bulan

  • X50: RM438.10. Servis biasa yang merangkumi penukaran minyak hitam, penapis minyak, penapis udara kabin N95 serta termasuk kos buruh dan SST.
  • Ativa: RM841.10. Kos yang termahal perlu dibayar oleh pemilik Perodua Ativa memandangkan pada sela masa ini ia memerlukan penukaran bendalir transmisi CVT (RM97.50), gasket palam salir CVT (RM3.80), serta palam pencucuh yang agak mahal (RM471.90).

 


Secara keseluruhan, kos untuk servis Proton X50 selama lima tahun adalah bernilai RM4,887.02 manakala kos servis Perodua Ativa pula jauh lebih murah, RM3,177.90.

Walaupun kedua-dua menggunakan enjin tiga silinder sebaris, Ativa tidak memerlukan amaun minyak pelincir yang besar (3.5 liter) disebabkan sesaran enjin yang kecil (1.0 liter), Proton X50 nampaknya memerlukan sehingga lima liter minyak pelincir disebabkan sesaran enjin yang lebih besar (1.5 liter).

Namun, apa yang tidak kelihatan dalam perbandingan ini adalah kos servis pada selang masa 110,000 km, di mana pemilik Proton X50 nampaknya perlu berbelanja besar berjumlah RM825.27 untuk melakukan servis serta penukaran komponen seperti tali sawat pemasa (RM195.16) dan tali pacu (RM112.89).

 


Sebelum anda meringankan tangan untuk menulis status di Facebook berkenaan harga servis kereta yang agak mahal sesudah melakukan pembelian, adalah lebih mudah dan afdhal jika anda meringankan tangan terlebih dahulu untuk membuat sendiri perbandingan kos servis antara kedua-dua model yang dinyatakan.

Sekurang-kurangnya, anda sendiri sudah boleh mengukur bajet yang perlu dikeluarkan, bukan sahaja tertumpu kepada bayaran bulanan, akan tetapi kos selepas jualan juga yang perlu diambil kira.

 


Takkan tiap bulan nak meratah mee segera sahaja, kan?

Rujukan: Proton, Perodua

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hantar kereta untuk servis jarak 20,000km, dalam perjalanan balik nampak ikon suhu berkelip. Buka…
Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…