Menurut laporan daripada The Drive, kos sebenar penggantian untuk satu unit lampu belakang adalah sekitar $3,045.48 (RM14,295), dan jika kedua-dua lampu perlu digantikan, anda perlu mengeluarkan belanja berjumlah $6,090.96 (RM28,591)!
Kenapa kos lampu Hummer EV sangat mahal sama seperti kos sebuah kereta terpakai?
Berdasarkan info daripada laman The Drive, unit lampu Hummer EV sebenarnya sangat kompleks, di mana komponen seperti cip pemprosesan ditanam terus pada unit tersebut untuk kegunaan kawalan lampu brek dan membelok.

Jadi, ia bukanlah sekadar perumah lampu dengan mentol konvensional/LED yang boleh digantikan dengan mudah macam kereta-kereta murah yang kita gunakan sekarang.
Dengan harga tersebut, mungkin segelintir daripada 782 unit para pemilik SUV berharga $110,000 (RM516 ribu) itu kini mengamalkan pemanduan berhemah untuk mengelakkan duit terbang dengan lebih banyak.
Ya, untuk makluman, sepanjang tahun 2022 GM sudah pun mengedarkan 782 unit kepada pemilik masing-masing.
Baca: GMC Hummer EV
Baca: GMC Hummer SUV
Sumber: The Drive