Kos alat ganti Bugatti Veyron - kalau anda kaya

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti Veyron mungkin bukan kenderaan pilihan utama apabila tiba soal penyelenggaraan memandangkan kereta prestasi sebegini memerlukan kos melebihi puluhan ribu dollar setahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila kita sentuh perihal alat ganti, anda perlu menyediakan sejumlah duit yang sangat sangat besar di dalam akaun anda dan praktikkan skil mengurut dada yang tenang oleh kerana jumlah yang kami bakal bawakan ini bukannya sedikit.

Seperti contoh, sebuah komponen sensor pengesan kedudukan camshaft mungkin berharga sekitar $9 (RM38++) sahaja memandangkan ia berkongsi dengan model Jetta Mk4 dan Golf, namun kos buruh sahaja sudah mencecah $7,200 (RM30k++) untuk menggantikan empat sensor tersebut. 
 


Kenapa begitu mahal?

Rekaan Bugatti Veyron yang agak kompleks menyukarkan proses kerja untuk mencapai komponen yang diperlukan, dan untuk itu, hampir separuh bahagian terpaksa dibuka satu demi satu terlebih dahulu sebelum memulakan proses penggantian.

Berikut merupakan senarai harga barangan dan kos buruh yang dikenakan oleh Bugatti terhadap pemilik Veyron.

Careta sengaja menukarkan kesemua kos kepada matawang Malaysia supaya anda sedar betapa mahalnya kos penjagaan sebuah supercar. 
 

*Bugatti Veyron mempunyai empat unit turbo, jadi anda kira sendiri kos keseluruhan penukaran unit tersebut.

 

Setelah berbelanja sebegitu besar untuk memiliki sebuah Bugatti Veyron, mungkin bunyi deruman darinya dapat mengubati jiwa dan poket pemilik Bugatti Veyron ini:-

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 14 tahun selepas perlumbaan Veyron itu, pewaris sahnya Bugatti Chiron perlu 'berhadapan'…
Berita Global
Namun, jika anda mahu, terdapat barangan Bugatti yang lebih murah untuk dimiliki, dan barang yang…
Berita Global
Bugatti Veyron 16.4 Pur Sang (2007)     Veyron Pur Sang adalah permulaan kepada pelbagai edisi…