Korek jalan, jangan tampal sahaja - penduduk

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk Kampung Chempaka nampaknya tidak mahu jalanraya di kawasan mereka diturap dengan tar baharu.

Menurut laporan akhbar The Star, penduduk di sana berkata sebelum ini jalanraya di kampung itu sudah diturap acap kali sehingga menjadikan ia lebih tinggi dari keadaan asal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penduduk kini mengalami masalah kerana air hujan akan mengalir dari jalanraya yang tinggi masuk ke dalam rumah mereka.

Ada juga penduduk yang mengadu kenderaan mereka tergesel di bahagian bawah bila mahu keluar atau masuk dari laman rumah ke jalanraya besar.

Mereka meminta PBT untuk menyiasat masalah mereka dan jika boleh mengorek lapisan lama tar itu sebelum diturap dengan lapisan baharu.


* Gambar utama dan laporan penuh di The Star