Korea Selatan denda Tesla RM9.66 juta atas kegagalan jarak pemanduan dalam suhu rendah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Penggubal undang-undang antipersaingan Korea Selatan mahu mengenakan denda bernilai 2.85 bilion Won (RM9.66 juta) ke atas Tesla kerana syarikat itu gagal memberitahu pelanggannya tentang jarak pemanduan terhad bagi kenderaan elektrik (EV) itu dalam suhu rendah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Reuters melaporkan, Suruhanjaya Perdagangan Korea (KFTC) berkata, Tesla sengaja membuat dakwaan melampau tentang keupayaan kenderaannya mencapai jarak perjalanan bagi setiap pengecasan penuh.

Tesla juga dikatakan tidak memperinci maklumat keberkesanan kos tenaga bahan bakar berbanding kenderaan menggunakan gasolin, serta ketahanan supercharger mereka di laman web rasmi syarikat itu sejak Ogos 2019.

Jarak pemanduan kereta Tesla itu berkurangan dengan banyak dalam suhu sejuk, iaitu sehingga 50.5 peratus berbanding yang mereka iklankan dalam talian, ujar kenyataan KFTC.

Tesla tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.

Di laman web, Tesla menyertakan tip pemanduan sewaktu musim sejuk, seperti menyiapkan kenderaan dengan sumber kuasa luaran, dan menggunakan aplikasi Energy untuk memantau penggunaan tenaga. Namun, ia tidak menyentuh tentang kehilangan jarak pemanduan dalam suhu menghampiri paras beku.

Pada 2021, kumpulan suara konsumer Korea Selatan, Citizens United for Consumer Sovereignty, berkata jarak perjalanan bagi kebanyakan kenderaan elektrik merosot sehingga 40 peratus dalam suhu sejuk kerana bateri tidak dapat dihangatkan. Kereta Tesla juga tidak terkecuali, malah yang paling teruk prestasinya, menurut data dari Kementerian Alam Sekitar negara itu.

Tahun lalu, KFTC mendenda pengeluar kereta Jerman, Mercedes-Benz dan pejabat operasinya di Korea, sebanyak 20.2 bilion Won (RM69.8 juta) kerasa pengiklanan palsu berkaitan kadar pelepasan gas bagi kenderaan diesel syarikat itu.

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, teori yang bagus tidak akan bermakna selagi ia tidak dibuktikan di dalam ujian dunia sebenar…
Informasi
  Pengeluar-pengeluar kereta dikatakan biasanya memperuntukkan ruang sekurang-kurangnya 3.8 liter…