Sebuah platform dagangan kereta terpakai kedua terbesar di Korea Selatan, K Car, melaporkan peningkatan 184 peratus dalam penyenaraian EV terpakai pada minggu pertama Ogos berbanding minggu terakhir Julai.
Siri Mercedes-Benz EQE, yang merangkumi EQE 300 standard, EQE 350+ - model tepat yang terbabit dalam kebakaran itu bersama-sama rakan sejawatannya AMG berprestasi tinggi dan SUV EQE, terjejas teruk oleh reaksi pasaran.
Susulan kejadian itu, lebih 100 model EQE disenaraikan di SK Encar, platform dagangan kereta terpakai teratas Korea, menjadikan jumlah kenderaan EQE untuk dijual kepada 115 setakat 16 Ogos dengan harga mendadak turun.
Sebelum kebakaran, model EQE terpakai biasanya dijual pada harga bermula ASS$58,600 (RM259,000) kini beberapa model pra-milik 2023 EQE 300 yang diperakui disenaraikan pada harga serendah 59 juta won, penurunan ketara daripada harga jualan asalnya sebanyak 92 juta.
Berikutan kejadian itu, ia memberi kesan dan pembuat kereta kini melancarkan promosi agresif untuk mengatasi keengganan pengguna yang semakin meningkat untuk membeli EV.
Pembuat kereta import juga merasakan tekanan dan mengurangkan harga untuk kekal berdaya saing.
Menurut pengedar kereta di Korea Selatan, beberapa pembeli yang membuat tempahan untuk EV baharu kini terpaksa membatalkannya selain terikat peraturan baharu seperti mengehadkan penggunaannya di tempat letak kereta bawah tanah kerana risiko kebakaran.
Krisis semasa dalam pasaran EV terpakai Korea adalah gambaran cabaran lebih luas dihadapi oleh industri.
Pada 2023, Korea menjadi satu-satunya pasaran utama di kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan China yang mengalami penurunan dalam jualan EV.
Menurut data Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan serta penjejak pasaran kereta Carisyou, negara itu menjual 1.625 juta EV pada 2023, turun 1.1 peratus daripada tahun sebelumnya.
Penurunan itu berterusan sehingga 2024, dengan pendaftaran EV dari Januari hingga Julai jatuh sebanyak 13.4 peratus tahun ke tahun.