Korea Aerospace sedang pasang 5 prototaip jet pejuang KF-21

oleh HEZERI SAMSURI|
Korea Aerospace Industries (KAI) sedang dalam proses untuk menyiapkan lima lagi prototaip jet pejuang KF-21 selepas lima unit prototaip sudah disiapkan awal April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar-gambar yang diterbitkan oleh media Korea Selatan, Hankyoreh menunjukan bahawa proses pemasangan memang sedang berlaku.

Ini menutup khabar angin yang mendakwa program itu tergendala.

Ujian penerbangan pertama KF-21 akan dilakukan dalam tahun 2022 dan kesemua proses pembangunan pesawat juang ini akan siap menjelang 2026.

KAI juga akan memberikan satu unit prototaip itu kepada kerajaan Indonesia kerana mematuhi perjanjian kontrak awal di mana jet pejuang itu akan dibina di Indonesia untuk kegunaan negara itu.

 

 

Tentera Udara Korea Selatan bercadang untuk mula menggunakan 40 unit KF-21 secara rasmi menjelang tahun 2028 dan tambahan 80 unit lagi menjelang 2032.

KF-21 Boramae (Hawk dalam bahasa Korea) ialah jet pejuang generasi baharu yang akan menggantikan jet-jet pejuang F-4E Phantom II dan F-5E/F Tiger yang sudah terlalu tua.

Hawk itu juga akan terbang bersama 60 unit F-35A Stealth Fighter yang dibeli dari US dan jet-jet F-15K Slam Eagle dan F-16C/D yang sedang digunakan sekarang.

Indonesia menawarkan untuk membayar 20 peratus kos pembangunan yang bernilai US$7.9 bilion dan akan membeli 50 unit untuk dipasang dan digunakan di negara itu sendiri. 

 

 

KF-21 dikatakan akan mempunyai batasan penerbangan yang lebih hebat dari F-16C dan mempunyai radar AESA yang dihasilkan oleh Hanwha Systems dari Korea Selatan. 

Selain dari itu, ia mempunyai pilihan senjata yang modern seperti peluru berpandu udara ke udara Meteor dengan kuasa ramjet, dibina oleh MBDA dari Eropah.

Ia mempunyai kelajuan maksimum dalam 2,253 kmsj atau Mach 1.83 serta mempunyai jarak penerbangan sejauh 2,900 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model crossover EV tersebut mendapat kelebihan daripada kemas kini luaran dan dalaman, pek bateri…
Berita Global
Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta…
Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…