“Apabila koperasi tersebut ditubuhkan, ini akan memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab bermotosikal di seluruh negara terutamanya daripada sudut pinjaman, bantuan nasihat dan juga memudahkan urusan antara pembekal barangan berkaitan pemotoran.
“Angkasa akan membantu kelab ini berunding dengan kerajaan bagi mendapatkan permit import (AP) supaya membolehkan koperasi permotoran ini membeli motosikal import dan alat ganti terutamanya berkuasa tinggi dengan harga yang lebih murah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Rakan Sukarelawan Koperasi Malaysia anjuran Angkasa dan Kelab Permotoran Raiders Malaysia dan Kelab RTM Bikers di sini malam semalam.
Sementara itu, Presiden Kelab Permotoran Raiders Malaysia, Ahmad Rithaudden Abd. Razak berkata, pihaknya terpanggil untuk membuka sebuah koperasi bagi memudahkan ahli dan penunggang motosikal berkuasa besar mendapatkan alat ganti dengan lebih mudah.
“Sebelum ini, kadangkala pengguna motosikal berkuasa besar sukar mendapatkan alat ganti, namun kami percaya dengan adanya koperasi ini akan memudahkan segala urusan.
“Malah, secara tidak langsung, penubuhan koperasi ini akan mewujudkan aktiviti ekonomi negara hasil bantuan daripada Angkasa dan pengguna motosikal daripada kelab lain juga boleh mendaftar sebagai ahli koperasi,” ujarnya.
Sumber: Utusan