Konvoi terbesar Porsche KL-Pulau Pinang Ditemani Vivo X80

oleh Penyumbang Rencana 2|
Vivo Malaysia mengadakan kolaborasi bersama kereta mewah jenama Porsche dengan mengadakan konvoi pertama terbesar mereka antara negeri-negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aktiviti ini berlangsung pada 13 Ogos 2022 dan disertai oleh ahli kelab Porsche Owner Group Malaysia (POGM). Detik-detik perjalanan tersebut telah dirakam menggunakan telefon pintar terbaharu vivo X80.
 

Porsche


Tidak kurang 100 buah kereta berjenama Porsche yang terdiri daripada pelbagai model termasuklah Cayman, Panamera, Cayenne dan 911 menyertai konvoi yang bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Pinang itu. 

Kerjasama pintar ini bertujuan untuk memaparkan kehebatan dan relevannya kelab POGM di Malaysia. Dalam masa yang sama, ia bagi menguji pengimejan kamera Vivo X80 yang luar biasa kerana ia menggunakan teknologi jurutera ZEISS yang juga berasal dari Jerman. 
 

Porsche


Dengan menggunakan peranti tersebut, setiap perincian maklumat dipermukaan kereta dan reka bentuk setiap kereta Porsche ini nampak jelas semasa ia dirakamkan ketika dipandu di atas jalan raya.

Malah setiap rakaman dan gambar semasa acara tersebut berlangsung pastinya memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada pemilik kereta Porsche. 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…