Konvoi semasa PKP masih tidak dibenarkan - PDRM

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan semata-mata, konvoi dianjurkan pada tahun sebelum COVID-19
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan kelab atau kumpulan permotoran untuk tidak mengadakan aktiviti berkonvoi sewaktu negara masih berdepan varian Delta virus Covid-19 yang mudah berjangkit ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, sesi perjumpaan dalam bentuk santai di lokasi tumpuan orang ramai pada hujung minggu juga wajar dielakkan.

"Ini supaya pergerakan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pandemik Covid-19 selain mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepertimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Walaupun begitu, bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini, pihak JSPT sudah bersedia dengan perancangan dalam mengatur penugasan Op Khas Ambang Merdeka 2021.

"Operasi ini akan dilaksanakan secara penguatkuasaan menyeluruh melibatkan kontinjen dan daerah serta Sektor Kenderaan Peronda Lebuhraya (EMPV) Bukit Aman yang bermula pada 28 Ogos hingga 1 September 2021," katanya.

Menurutnya, polis juga mengadakan operasi secara bersepadu bersama lain-lain agensi penguatkuasaan dalam menguatkuasakan peraturan dan pematuhan kepada SOP Op Covid-19.

"Menjelang 31 Ogos 2021, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 tahun.

"Memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda dan negara dalam tempoh PPN secara berfasa, tiada sebarang sambutan atau perarakan secara besar-besaran akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri," katanya.

Sumber: Harian Metro

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…