Konvoi Proton X70 menuju ke China

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu acara tertutup, seramai sembilan pemilik Proton X70 telah berkumpul untuk menyertai konvoi beramai-ramai sejauh 13,000 km menuju ke Wilayah Hangzhou, China. 

Perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 33 hari dan disertai seramai 33 orang peserta, merangkumi 13 buah bandar sebelum berakhir di Pusat Pengalaman Geely, Wilayah Hangzhou yang menempatkan bandar paling ramai penduduk. 
 


Diketuai oleh Pasukan Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. China, aktiviti pemanduan ini juga turut mendapat sokongan padu daripada Proton. 

Bagi Proton, penganjuran konvoi ini dilihat sebagai satu peluang untuk mempamerkan Proton X70 kepada pembeli di pasaran antarabangsa, terutama negara ASEAN, selain membuktikan SUV ini mampu dipandu dalam pelbagai persekitaran yang berbeza. 
 


Menurut Dato' Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, "Kami berharap dengan memperlihatkan keupayaan model ini kepada para pembeli berpotensi, ia dapat dijadikan sebagai asas kepada kejayaan jualan eksport pada masa akan datang."

Di sana, para peserta turut diberikan peluang melawat Pusat Pengalaman Geely serta mempelajari bagaimana Geely berubah menjadi salah satu syarikat automotif paling berkembang pesat pada ketika ini, selain melihat dengan lebih dekat model-model terkini Geely yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia kelak.

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…