Konvoi motosikal, kereta kini dilarang memasuki kawasan Genting Highlands

oleh Mohamad Hanif|
Genting Highlands sememangnya laluan yang sangat terkenal buat segenap lapisan penunggang motosikal dan kereta sports, namun lokasi kegemaran tersebut nampaknya bakal dihadkan kemasukannya oleh pihak pengurusan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana berdasarkan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pegawai memaklumkan bahawa konvoi motosikal dan kereta kini tidak lagi dibenarkan melalui kawasan tersebut, berkuatkuasa 25 Jun yang lalu.

 


Menurut kenyataan daripada anggota polis dalam video berdurasi 45 saat itu, pihak pengurusan bertindak untuk menghalang kemasukan konvoi kereta dan motosikal disebabkan bunyi bising yang terhasil ketika perjalanan konvoi dilakukan.

Ini menyebabkan gangguan serta pencemaran bunyi terutama ketika sebilangan daripada mereka berkumpul di lobi hotel, serta kawasan yang berdekatan dengan tempat kediaman.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak pengurusan Genting Highlands berhubung isu ini.

 


Mungkin ramai yang menyangka jalan masuk ke Genting Highlands itu merupakan sebahagian daripada jalan raya umum atau lebih tepat lagi jalan raya Persekutuan, namun harus diingat bahawa jalan raya di Genting Highlands diklasifikasikan sebagai jalan raya persendirian dan diuruskan sendiri oleh pihak pengurusan Genting Highlands.

Jadi, adalah tidak menghairankan apabila pihak pengurusan membuat keputusan yang drastik demi memastikan keselamatan para pengguna yang melalui jalan tersebut daripada menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

Untuk membaca dengan lebih lanjut, anda boleh melayari Blog Jalan Raya Malaysia berkenaan status jalan Genting Highlands.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hab itu merangkumi empat pengecas prestasi tinggi DC dengan 360 kW dan bakinya ialah pengecas AC…
Informasi
"Kita telah bermula (proses pembaikan cerun) pada 28 Mei dan ia dijangka siap 29 Mac 2024. Selepas…
Berita Domestik
Menurut laporan New Straits Times, notis itu telah dikeluarkan Rabu lalu kerana syarikat pembinaan…