Konvoi motosikal 'dicekup' polis

oleh SALINA JALIL|
Kegembiraan sekumpulan konvoi bermotosikal berkumpul sempena cuti hujung minggu di Tasik Kenyir di Kuala Berang semalam terbantut selepas lokasi berkenaan diserbu polis.


Malah, cubaan mereka meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis juga gagal memandangkan kawasan berkenaan sudah dikepung sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, operasi bermula jam 2 petang hingga 7 malam itu dilakukan susulan maklumat awam terdapat pergerakan jumlah motosikal yang banyak ke kawasan peranginan itu selepas Terengganu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam.

 

Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu melakukan pemantauan sebelum bertindak mengepung kumpulan motosikal itu di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kenyir.

 

"Sebaik menyedari kehadiran anggota, mereka cuba melarikan diri namun gagal kerana kita terlebih dahulu menyekat beberapa laluan sebelum kesemuanya ditahan di kawasan R&R Kenyir.

 

"Hasil siasatan mendapati mereka ini terdiri daripada beberapa konvoi iaitu dari Kuala Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman sebelum bergabung sebaik tiba di kawasan tasik berkenaan.

 

"Difahamkan, mereka ini datang untuk menikmati hidangan ikan baung dan bergambar di kawasan berkenaan namun kita menahan mereka sebelum mereka sempat masuk ke kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

 

Ismail berkata, sebanyak 160 motosikal berjaya ditahan dengan seramai 190 individu termasuk 20 wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun turut diperiksa.

 

Katanya, sebanyak 94 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada cermin sisi, tidak mempamerkan pelekat L dan P, ubah suai ekzos, aksesori tidak sempurna, tiada nombor pendaftaran dan nombor plat tidak mengikut peraturan.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…