Konvoi Kelab RS150R ke Istana Kellie, Perak

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Hari Pekerja, Kelab Permotoran Kebajikan Selangor - Gombaking menganjurkan satu konvoi yang turut disertai oleh kelab-kelab RS150R negeri Perak.

Seramai 130 orang pemilik motorsikal jenama Honda itu dilaporkan hadir bagi memeriahkan acara yang bertempat di Ngee Fatt Motors. 
 


Turut hadir bersama ialah Yee Lip Kwong, Pengurus Besar Boon Siew Honda bagi memberikan ucapan ringkas serta merakamkan ucapan terima kasih kepada para peserta yang menyertai acara konvoi ini. 

Acara bermula dengan para peserta berkumpul di Ngee Fatt Motors bagi melakukan sesi bergambar di hadapan kedai, cabutan bertuah, jamuan makan tengah hari serta penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta konvoi sebelum bergerak menuju ke Istana Kellie.

 


Berikut merupakan kelab-kelab RS150R Perak yang terlibat secara langsung di dalam acara konvoi berkenaan:
-RS Gopeng Community
-RS Hilir Perak Crew
-RS Tapah Chapters
-RS Owner Club Perak
-RS Silverstate
-RS Gerik Crew
-RS Muallim
-RS Manjung Club
-RS Raintaker
 

Semoga acara sedemikian dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dan perpaduan sesama rakyat Malaysia, di samping berpeluang bertukar-tukar buah fikiran dan pendapat. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  “Dalam soal siasat, mereka mengaku tahu mengenai PKP yang bermula 18 Mac lalu, namun sengaja…
Berita Domestik
  "Pergerakan secara konvoi dengan kedudukan konvoi didahului dengan Proton Saga diikuti kereta…
Berita Domestik
Ekspedisi selama enam hari tersebut bermula dari 7 November sehingga 12 November melibatkan 20…