Seramai 22 orang peserta wanita #GiviBella menyertai acara tersebut dan dihadiri juga oleh Duta Givi, Anita Yusoff sebagai tanda sokongan terhadap Women Riders World Relay.
Bermula dari Bukit Beruntung, upacara penyerahan baton oleh "Bad Girls Throttle" untuk sambutan Women Riders World Relay kepada GIVI Bella diadakan pada pagi Sabtu sebelum memulakan perjalanan.
Konvoi beramai-ramai dari Bukit Beruntung ke Jeti Lumut dimulakan dengan penerangan aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan ke tempat perkhemahan yang secara kebetulan berhampiran dengan pantai.
Memasuki hari kedua, GIVI Bella memulakan hari dengan acara senaman Aerobik sebelum meneruskan lagi kemeriahan suasana dengan island hopping dan sesi bergambar di tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor.
Malam BBQ merupakan kemuncak kepada segala aktiviti di mana aktiviti makan-makan disediakan sendiri oleh GIVI Bella, diselangi dengan aktiviti perkongsian pengalaman di dalam dunia dua roda antara peserta yang hadir.
Secara keseluruhannya, acara kedua Ladies Ride & Camp di Pulau Pangkor berjaya memperlihatkan kesungguhan, kerjasama berpasukan, serta tali persahabatan yang terjalin antara GIVI Bella.