Konvoi basikal dikecam, menyusahkan pengguna jalan raya yang lain!

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar video
Beberapa hari yang lalu, tular satu rakaman video sekumpulan penunggang basikal berkonvoi tanpa memperdulikan tahap keselamatan pengguna jalan raya yang lain, malah membahayakan diri sendiri.


Walau pun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh video itu dirakam, perkongsian klip video di laman sosial telah mendapat kritikan dari para netizen yang mempersoalkan tindakan konvoi berbasikal tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Antara perkara yang dipertikaikan adalah jumlah peserta konvoi tersebut yang berada dalam kelompok besar di mana mereka menggunakan sebahagian jalan raya sehingga menyusahkan kenderaan lain memotong 


Mereka juga kelihatan tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain walaupun ada kenderaan mengekori dari belakang.


Juga dipertikaikan adalah jalan raya yang digunakan oleh kumpulan tersebut yang kelihatan berselekoh dan lebih memburukkan lagi keadaan adalah mereka yang dilihat menunggang secara beriringan.


Menurut artikel Kosmo, perakam video tersebut telah mengulas bahawa beliau berasa kesal dengan tindakan kumpulan tersebut kerana mengabaikan aspek keselamatan serta menganggu laluan pengguna jalan raya yang lain.


“Tengok geng-geng hobi mahal ni, macam manalah aku nak potong (memotong), sudahnya aku sekali kena ikut dari belakang.


“Sepatutnya kalau konvoi seramai ini perlu ada pengiringlah depan belakang. Aku bawa kereta tak sampai 40 (kmh), kalau memotong tak lepas konvoi ini panjang macam kena potong empat buah treler” ujarnya.

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan konvoi berbasikal itu kerana ia menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

 

Di antara komen yang menegur perbuatan geng basikal ini adalah dari Clement Sim yang meninggalkan komen - #JPJMalaysia sila ambil perhatian tentang perkara ini, mengganggu dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Aktiviti berbasikal ramai-ramai macam ini agak tidak sesuai dilakukan di kawasan jalan raya, amat bahaya,” ujarnya

 


- Kami berpendapat tidak salah bersenam dan melakukan aktiviti sukan seperti berbasikal tetapi anda perlu ingat bahawa jalan raya dikongsi bersama, jangan pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Dan sekiranya berlaku kemalangan sehingga kehilangan nyawa, adakah anda bersedia menanggung risiko? -

 

 

 

Kosmo