Kontroversi China - Taiwan: Lebih 100 pesawat, kapal perang China sertai latihan ketenteraan sekeliling Taiwan

oleh SALINA JALIL|
China hari ini memaklumkan lebih 100 pesawat tempur dan 10 kapal perangnya mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan yang membabitkan tembakan peluru hidup di sekeliling Taiwan, selain mengumumkan sekatan terhadap Nancy Pelosi susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) itu ke Taipei pada Selasa lalu.


Agensi Berita Xinhua melaporkan kapal serta pesawat pejuang, pengebom, pemusnah dan frigat digunakan dalam aktiviti dipanggil 'operasi sekatan bersama' itu yang diadakan di enam zon luar pesisir Taiwan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pasukan 'Eastern Theater Command' bawah tentera China turut melepaskan tembakan peluru berpandu versi baharu yang didakwa mampu mengenai sasaran 'dengan tepat' di Selat Taiwan.

 

Malah, pegawai tentera memaklumkan, Pasukan Roket juga melepaskan tembakan projektil melepasi Taiwan ke Lautan Pasifik.

 

Menurut laporan Xinhua, latihan besar-besaran itu digambarkan sebagai 'pada skala tidak pernah dilakukan sebelum ini'. Ia sebagai tindak balas Beijing terhadap lawatan Pelosi ke Taiwan. China mendakwa Taiwan yang memiliki pentadbiran demokrasi sendiri, adalah sebahagian daripada wilayahnya.

 

Latihan ketenteraan itu turut menarik perhatian pelancong yang berhimpun di pesisir pantai China menghadap Taiwan, hari ini, bagi menyaksikan kehadiran pesawat dan kapal perang terbabit.

 

pelancong menyaksikan latihan ketenteraan China

 

Dalam pada itu, China mengumumkan sekatan yang tidak diperincikan, ke atas Pelosi dan keluarganya.

 

Menurut Kementerian Luar China dalam satu kenyataan, Pelosi mengabaikan penekanan serius dan bantahan tegas Beijing terhadap lawatannya itu. Beijing menyifatkan lawatan beliau itu sebagai provokatif, malah menjejaskan integriti wilayah dan kedaulatan China.

 

Sementara itu Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi mendakwa lima daripada sejumlah peluru berpandu yang dilancarkan China sejak latihan terbabit bermula semalam, telah memasuki Zon Ekonomi Eksklusif Jepun berhampiran Pulau Hateruma.

 

Beliau menegaskan, Jepun membantah perkara itu yang disifatkan sebagai 'ancaman serius terhadap keselamatan negara dan rakyatnya.'

 

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pula melihat latihan ketenteraan China susulan isu Taiwan itu sebagai 'masalah besar' yang mengancam keselamatan dan keamanan serantau.

 

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying mendakwa tindakan China adalah selari dengan amalan dan undang-undang antarabangsa.

 

"Berhubung Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), China dan Jepun tiada melakukan persempadanan semula maritim di perairan berkaitan, justeru tidak ada apa yang dikatakan sebagai EEZ Jepun," dakwa Chunying kepada pemberita pada taklimat harian.

 

Dalam perkembangan berkaitan, China memaklumkan, pihaknya memanggil diplomat Eropah di negara itu bagi menzahirkan bantahan terhadap kenyataan negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) dan Kesatuan Eropah yang mengkritik latihan ketenteraan berkenaan.

 

Namun di Tokyo, Pelosi yang mengakhiri rangka lawatannya ke Asia, menegaskan bahawa China tidak boleh menghalang pegawai AS daripada melawat Taiwan.

 

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pula menggesa Beijing menghentikan tindakan berkenaan, selain menuduh China menggunakan lawatan Pelosi ke Taiwan sebagai 'alasan untuk meningkatkan aktiviti ketenteraan di dalam dan sekitar Selat Taiwan.'

 

Bercakap kepada pemberita pada mesyuarat dengan ASEAN di Kemboja pada hari ini, Blinken berkata, lawatan Pelosi itu adalah secara aman dan tidak mewakili sebarang perubahan dalam dasar AS terhadap Taiwan.

 

 

- AP

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada contoh seperti BMW M3 Sedan dan M4 Coupe, atau SUV BMW XM, atau model coupe…