Kontraktor silap baca alamat, pemilik rumah dapat laluan kereta konkrit PERCUMA!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu kisah yang mampu memberikan pengajaran kepada kita tentang pentingnya memeriksa dengan teliti setiap butiran kerja supaya ia tidak mendatangkan kesusahan di kemudian hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang pengguna Reddit yang menggunakan nama samaran purple-circle dan berasal dari barat Australia membuat hantaran di laman sosial tersebut yang menceritakan kisah beliau mendapat laluan masuk kereta konkrit secara percuma.

Pada mulanya, beliau sedikit aneh kerana tidak pernah mengupah mana-mana syarikat untuk membaiki semula jalan asal yang diperbuat daripada batu kerikil, malah kebanyakan masa beliau dihabiskan selama 10 jam di tempat kerja.

Siasatan mendapati sebuah syarikat pembinaan dikatakan tersilap membaca alamat, memandangkan rekaan rumah beliau dan rumah yang sebenar adalah hampir sama.

 


Kos pembinaan jalan masuk tersebut bukanlah murah, menurut purpe-cirle lagi pemilik asal telah pun membelanjakan kos sebanyak AUD$8,000 (RM25,000) untuk projek tersebut.

Adakah purple-circle dikenakan bayaran?

Tidak, kerana menurut hantaran itu lagi syarikat tersebut tidak mendesak beliau untuk membayar kos pembinaan, memandangkan mereka juga boleh disabitkan atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda walaupun dengan niat yang baik.

Penyelesaiannya adalah syarikat pembinaan tersebut menyerap segala kos pembinaan dan dalam masa yang sama mereka belajar dari kesilapan supaya sentiasa memeriksa butiran pelanggan sebelum melakukan sebarang pekerjaan.

Sumber: Reddit