"Selepas menerima banyak aduan mengenai keadaan jalan berlubang dan gelap di Lebuh Raya Pasir Gudang, saya turun padang melihat sendiri isu ini.
"Memang terdapat kawasan dengan permukaan jalan yang berlubang serta membahayakan pengguna, selain kawasan yang gelap. Ia berlaku di lokasi projek pelebaran jalan daripada empat lorong kepada enam lorong," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Beliau turut mengarahkan agar seluruh kawasan projek dilengkapi pencahayaan yang mencukupi dan bukan hanya bergantung pada lampu 'blinker' di sesetengah lokasi, demi menjamin keselamatan pengguna.