Kontrak Vellfire, Accord perlu tunggu keputusan kabinet

oleh Mohamad Hanif|
"Tunggu keputusan Kabinet," itu reaksi ringkas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai pemberian kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Menurutnya, semua kelulusan bergantung kepada keputusan Kabinet.

"Kita berpandukan kepada keputusan Kabinet," katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini pagi tadi.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kabinet telah berbincang kaedah terbaik yang dapat memberikan penjimatan kepada kerajaan.

"Antara yang dibincangkan ialah pemberian elaun kenderaan atau menyediakan kereta rasmi.

"Perkara ini nanti akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan," katanya.

Semalam sebuah portal mendedahkan mengenai kontrak kenderaan yang bakal ditawarkan kepada beberapa pembida selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat hujung tahun ini.

Difahamkan kerajaan juga bercadang menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan dalam tempoh lima tahun akan datang dan juga 8,000 unit Proton Persona dan Saga untuk kegunaan jabatan kerajaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…