Kontena syarikat asal Israel cuba masuk Perlis, Kastam arah patah balik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Selepas kecoh di Johor Sabtu lalu, satu lagi kontena tertera logo ZIM, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dikesan dan kali ini cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis.

Bagaimanapun lori kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku yang baharu tiba dari sempadan Malaysia-Thailand itu berjaya dihalang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sebelum diarah berpatah balik dengan segera.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, perkara itu dikesan kira-kira jam 12 tengah hari Ahad, selepas lori kontena terbabit melalui terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) di Padang Besar.

"Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.

"Oleh itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Beliau berkatam semakan bersama pihak agensi kerajaan lain mengesahkan kontena itu adalah dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.

"Kita segera mengarahkan lori kontena berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama," katanya.

Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan segera dilakukan mengenai dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri di Johor.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel.

Ia susulan isu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, mengenai keresahan orang ramai berhubung kewujudan kontena dari Israel di pelabuhan terbabit.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
  "Kesemua kontena tersebut dikendalikan oleh ZIM. Jadi apabila kita ambil tindakan ini... maka…
Berita Global
Konsep ini dinamakan sebagai Hippie Caviar Hotel dengan membawakan pendekatan yang berbeza dan…