Konsortium E-Mutiara terima 27 bas mini, tandatangani kontrak servis bersama HINO Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menyerahkan sebanyak 27 bas mini kepada Konsortium E-Mutiara Berhad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, satu Kontrak Servis Penyelenggaraan turut ditandatangani oleh E-Mutiara bersama HINO Malaysia bagi kesemua bas mini baharunya yang akan beroperasi di bawah di semua 13 laluan Mutiara Rentas Desa di negeri Kelantan.

Majlis tandatangan kontrak servis itu diadakan di Hotel H-Elite, Kota Bharu dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Wee Ka Siong dan dihadiri oleh wakil tertinggi badan kerajaan.
 

hino


Penyerahan fasa pertama bas mini baharu itu diserahkan sendiri oleh Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan E-Mutiara, Kolonel (PA) Tuan Haji Che Ibrahim.

Bas mini HINO dikuasakan oleh enjin 156 PS yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan yang menawarkan penjimatan bahan api, selain ciri keselamatan seperti pengehad kelajuan 100 km/j, ABS, EBD, serta stereng penyerap tenaga yang mematuhi peraturan UNR (United Nations Regulation) dan JPJ.

Dengan saiz badan dan jejari pusingan yang kecil, bas mini ini amat sesuai digunakan untuk operasi bas henti-henti, dan mudah dikendalikan di kawasan pinggir bandar dan jalan sempit.
 

Hino


Mengulas perkhidmatan bas henti-henti yang dilancarkan oleh E-Mutiara buat julung kalinya, Atsushi Uchiyama berkata, "Kami berbesar hati kerana model bas Hino menjadi pilihan bagi beroperasi dalam perkhimatan bas henti-henti Mutiara Rentas Desa.

"Kami bersedia untuk memberi servis selepas jualan yang menyeluruh kepada E-Mutiara kerana operasi bas yang lancar akan menyumbang kepada keselesaan dan kepuasan para pengguna.

"Slogan ‘Transporting Every Happiness’, adalah berdasarkan matlamat kami dalam mengutamakan kepuasan pelanggan melalui pelbagai sistem pengangkutan, secara amnya. HINO akan sentiasa bekerja dalam satu pasukan bagi memahami keperluan pelanggan dan menyediakan solusi bagi sebarang isu yang dihadapi oleh para pengguna,” sambung beliau.
 

HINO


“Kontrak servis yang kami tandatangani hari ini adalah berdasarkan perkhimatan selepas jualan dari pihak HINO yang berkualiti tinggi. HINO menyediakan perkhidmatan pasukan servis yang lebih profesional dan terlatih. Oleh hal sedemikian, menerusi servis selepas jualan yang menyeluruh dari pihak HINO, saya yakin perjalanan bas henti-henti Mutiara Rentas Desa ini akan berjalan dengan lancar,” ulas Tuan Haji Che Ibrahim.

E-Mutiara turut mendaftarkan kesemua pemandu bas di bawah kendaliannya untuk menjalani latihan pemanduan professional yang ditawarkan oleh Hino, merangkumi aspek keselamatan pemandu, teknik pemanduan cekap bahan api dan latihan penyesuaian pemandu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…