Konsortium E-Mutiara syarikat bas pertama di Asia guna solusi Scania Ecolution

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu operator bas yang terkenal di Malaysia, Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) menjadi syarikat pertama di Asia dalam mengadaptasikan solusi Scania Ecolution untuk mengurangkan kadar pelepasan emisi CO2.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat yang berpengkalan di Kelantan ini akan bekerjasama dengan pengurus Scania Ecolution dalam usaha memantau perkembangan terkini fleet bas mengurangkan kadar jejak karbon CO2, serta menambah baik kadar penggunaan bahan api untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, syarikat E-Mutiara itu juga telah melanggan beberapa perkhidmatan daripada Scania seperti Scania's Fleet Management System, Scania Repair and Maintenance, serta Scania Driver Training and Coaching

 


Menurut Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom berkata, "dengan adanya Scania Ecolution akan dapat mendorong perubahan ke arah sistem pengangkutan yang lebih mampan dan berkesan, selain bertujuan untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan perubahan iklim.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Tuan Haji Che Ibrahim bin Che Ismail berkata, "kami berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan Scania dalam misi untuk menjadi sebuah perniagaan yang lebih mampan, dan percaya ini bakal dihargai oleh para pelanggan kami yang mahukan sebuah perkhidmatan yang lebih mesra alam untuk perjalanan mereka."
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih tepat lagi, motosikal “Kawasaki Ninja H2 HySE” yang dihasilkan oleh Team Green ini merupakan…
Berita Global
Untuk itu, mereka bekerjasama dengan wakil-wakil daripada industri berkaitan untuk membangunkan…
Berita Global
Syarikat automotif Korea Selatan itu sebelum ini berhadapan dengan pelbagai masalah semenjak…