Konsep trak camper Tacoma dari syarikat Australia Redarc

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada pakar di dalam penghasilan perkakasan elektrik untuk campervan/camper truck/recreational vehicle di Australia, Redarc tampil dengan sebuah contoh trak pikap Tacoma yang boleh digunakan di luar jaringan grid nasional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berpengalaman dalam melakukan pengubahsuaian terhadap trak overlander Hilux, syarikat Australia itu kini memilih trak pikap Amerika, Toyota Tacoma TRD Off-Road 2021 sebagai bahan kajian terbaharu, dan hasilnya cukup mengkagumkan mata memandang.

Perubahan ketara yang anda boleh lihat adalah bahagian bed belakang yang telah digantikan sepenuhnya dengan tetapan kanopi flatbed yang sangat popular di Australia.
 

Redarc


Bahagian tersebut kini merupakan perumah kepada sistem bateri berkembar lithium berkembar 120 Ah, sistem pengurusan bateri Manager30, alternator, shore power hookup, serta input untuk panel solar bagi memastikan kenderaan mendapat tenaga yang mencukupi untuk bermalam.

Selain daripada itu, Redarc turut memasang skrin paparan berwarna RedVision yang memudahkan akses kepada kawalan aksesori, informasi bateri, serta kapasiti air dalam tangki, serta menyokong sambungan kepada peranti pintar.
 

Redarc


Antara kemudahan lain yang dimuatkan termasuklah peti sejuk ARB Zero, unit pemampat udara ARB, sistem pencahayaan luar dan dalam, serta outlet AC berkuasa 110 Volt.

Tidak cukup dengan itu, Redarc turut menambah bateri Fullriver Full Throttle AGM yang mampu menyalurkan tenaga untuk perkakasan tambahan serta sistem pencahayaan Rigid yang dipasang pada bumbung dan juga gril hadapan.

Terdapat sistem pengecasan terbina yang mampu memastikan bateri tambahan sentiasa di cas dengan menggunakan alternator dan juga panel solar, serta sistem jumpstart yang membolehkan trak dihidupkan walaupun bateri sudah kehabisan kapasitinya.
 

Redarc


Untuk memastikan Tacoma ini mampu meredah apa jua bentuk muka bumi, mereka memasang kit suspensi Icon yang mampu meninggikan 1.5 inci, tayar Falken WildPeak AT3, serta bampar hadapan yang dipasangkan dengan cangkuk Warn VR 10-S.

Untuk kemudahan bermalam, Redarc memasang rak bumbung Front Runner yang mampu menyimpan khemah bumbung Alu-Cab, serta awning yang boleh dibuka  270 darjah.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ia sebenarnya merupakan akronim kepada All-Season, Electric, Off-road, New and modern RV - syarikat…