Konsep pesawat Airbus 'Bird of Prey' ambil inspirasi daripada burung pemangsa

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, dengan kemajuan dan kepesatan teknologi aeroangkasa yang kita miliki selama ini, kita masih perlu merujuk kepada hidupan semula jadi untuk mereka sebuah kapal terbang yang lebih mesra alam.

Itulah yang cuba dipertontonkan oleh Airbus menerusi konsep terbaharu yang digelar sebagai Bird of Prey (Burung Pemangsa). 

Sekali imbas, Bird of Prey memang banyak mengambil inspirasi daripada burung sebenar, seperti sayap dan ekor pesawat yang mimik kepada burung pemangsa sebenar. 

Rekaan 'bulu' sayap di penghujung pula boleh dikawal secara individu bagi membenarkan kawalan penerbangan aktif. 

Selain daripada itu, rekaan sayap yang diposisikan agak tinggi berbanding rekaan kapal terbang konvensional dan menurut Airbus, ia menyerupai arca aerodinamik daripada burung pemangsa terkenal, iaitu helang atau falcon. 

Kebaikannya, sistem aerodinamik yang lebih berkesan dan mampu mengurangkan penggunaan bahan api. 
 


Manakala penggunaan sistem hibrid elektrik pula dijangka akan membantu lagi misi Airbus dalam usaha untuk mengurangkan kadar pelepasan emisi industri aeroangkasa sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2050.

Menurut Martin Aston (bukan Aston Martin), wakil Airbus memberitahu, "Keutamaan di dalam produk ini adalah untuk menjadikan sistem aviasi lebih mampan - lebih hijau, lebih bersih dan lebih senyap berbanding teknologi sebelum ini.

"Konsep Burung Pemangsa kami adalah untuk memberikan inspirasi kepada anak muda dan mencipta wow factor yang bakal membuatkan mereka tertarik di dalam industri ini," jelasnya lagi. 

Airbus Bird of Prey ini tidak akan muncul di mana-mana lapangan terbang buat masa terdekat oleh kerana ia masih lagi di dalam fasa konsep semata-mata. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Lama kita tidak mendengar khabar daripada Airbus selain daripada pemberhentian produksi kapal…
Berita Global
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Airbus A380, sebuah model kapal terbang dua tingkat wide-body…