Konsep modifikasi GR 86 oleh TOM's Racing

oleh Mohamad Hanif|
Kehadiran model kereta sports pacuan roda belakang Toyota GR 86 sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana modifikasi di pasaran Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selepas syarikat penala terkenal seperti HKS memperlihatkan model konsep yang didatangkan dengan kit supercharger, tiba giliran TOM's Racing pula memperkenalkan versi mereka yang tersendiri.

 


Yang paling menonjol sudah tentu sistem ekzos jenis Barrel yang dibangunkan oleh TOM's yang mampu menawarkan runut bunyi yang jauh lebih garang berbanding versi standard kilang.

 


Malah, jika anda perasan rekaan dan susunan tip ekzos ini adalah menyamai apa yang ditawarkan oleh Lexus IS-F.

Selain daripada sistem ekzos, TOM's Racing turut menawarkan kit badan penuh yang merangkumi splitter depan, belakang dan sisi, spoiler ekor itik, dan set over fender.

 


Terdapat juga set rim baharu dan sistem brek, sementara keseluruhan penampilan dikemaskan dengan warna jingga yang terang.

Untuk ruang kabin pula, terdapat roda stereng baharu yang dilengkapi dengan lampu indikasi penukaran gear.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun dipakaikan lencana yang berbeza, namun secara asasnya kedua-dua jentera pacuan roda…
Berita Global
Dibangunkan bersama Subaru, Toyota GR 86 banyak berkongsi komponen dan asas bersama Subaru BRZ,…
Berita Global
Pakar manipulasi gambar automotif, Theophilus Chin sempat berkongsikan kepada kami gambaran kereta…