Konsep campervan elektrik yang... comel!

oleh Mohamad Hanif|
Van berbentuk kotak merupakan satu pilihan yang sangat ideal buat para pencinta gaya hidup campervan atau motorhome, ini kerana ruang yang ditawarkan boleh dioptimasikan tanpa sebarang pembaziran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda mungkin pernah melihat van berbentuk kotak ini kerana tahun lalu kami juga turut melaporkan ia digunakan oleh syarikat penghantaran UPS di bandar besar seperti London dan Paris. 

Vanlifer.com, sebuah syarikat camper conversion yang bertapak di UK dan New Zealand mempunyai idea yang tersendiri bagi menjadikan van kotak comel ini sesuai dijadikan sebagai sebuah campervan. 
 


Anda bayangkan, tanpa sebarang ruang enjin, transmisi, tangki bahan api, van yang dibina oleh syarikat EV Arrival ini sudah pun mempunyai ruang dalaman yang cukup luas jika dibandingkan dengan van bersaiz serupa. 

Dengan semudah menambah komponen bumbung pop-naik*, Arrival sudah mampu memberikan ruang ekstra yang bersesuaian dengan gaya hidup campervan. 

Buat masa ini, van kargo Arrival ini tidaklah dijual secara meluas kerana ia masih lagi di dalam fasa pengujian oleh syarikat UPS yang kami sebutkan tadi. 
 


Atas kertas, van kotak ini mampu memberikan jarak operasi sejauh 240 km untuk sekali cas penuh, dan pada pengamatan kami, ia tidak memberikan sebarang masalah jika negara tersebut mempunyai rangkaian pengecasan yang meluas. 

Dan sudah tentu, ini antara pilihan yang boleh dikomersilkan pada masa akan datang!

*terima kasih kepada Amanz.my atas istilah ini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…