Konsep asal pikap Dacia iras Proton Arena

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama bajet Eropah, Dacia (dari Renault) telah melancarkan trak pikap Duster Oroch untuk pasaran Amerika Selatan.

Namun begitu ternyata itu bukan model pikap pertama Dacia kerana ia pernah dihasilkan di Romania oleh sebuah syarikat kejuruteraan badan kenderaan, Romturingia dalam tahun 2014.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dibina untuk sebuah syarikat yang mahukan 500 unit akan pikap tersebut. Tidak seperti Oroch, Dacia pikap oleh Romturingia ini hanya ada dua tempat duduk dan tempat letak kargo yang lebih panjang.

Namun begitu cerita itu tidak berakhir begitu sahaja kerana Romturingia mempamerkan beberapa unit trak pikap baharu berdasarkan Dacia Duster terkini.

 

 

Syarikat Romania itu menggunakan Pameran kenderaan Komersil IAA di Hannover bulan lalu sebagai lokasi untuk mempersembahkan konsep pikap baharu ini ke mata dunia.

Duster Pikap ini menggunakan enjin 1.5L dCI turbodiesel dengan 109 hp dan disambung kepada sistem AWD ala crossover.

Bahagian belakang pikap ini ialah yang paling seksi untuk sebuah trak pikap, bukan? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak 2021, Dacia giat memperkemaskan Spring sebagai contoh model 2023 dan terbaru versi…
Berita Global
  Jentera itu menggunakan kepakaran Renault Group dan Prodrive dan dibangunkan mengikut peraturan…
Berita Global
  Dari situ, Renault Group memiliki dua buah jenama mampu milik dengan masing-masing di pasaran…