Kompaun tidak memakai pelitup muka dalam kereta persendirian dibatalkan!

oleh Mohamad Hanif|
Saman yang dikenakan terhadap individu kerana tidak memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian akan dibatalkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam, pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan bagi kenderaan persendirian.

"Semalam, ada yang disaman (tidak memakai pelitup muka) ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

"Kita sudah berbincang dengan polis dan Kementerian Kesihatan (KKM), polis akan membatalkan saman berkenaan.

"Kalau mereka sudah pun membayar kepada KKM, ia boleh dituntut semula," katanya pada sidang akhbar PKPP, di Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang bersesak dan ketika berada dalam kenderaan awam.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Anda disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan ketika menggunakan pengangkutan awam demi…
Berita Domestik
Three Little Ahmads merupakan pengusaha jenama pakaian kanak-kanak yang diasaskan di Malaysia, di…
Berita Domestik
  "Operasi ini menyasarkan kepada penghantar makanan di sini agar mematuhi prosedur operasi…