Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus bermula 15 November

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaikkan kadar kompaun kesalahan meletak kenderaan di bandar raya ini sehingga 100 peratus berkuatkuasa 15 November 2023.

Berdasarkan notis dikeluarkan MBKT, kadar kompaun bagi kesalahan itu yang sebelum ini cuma RM5 jika diselesaikan dalam tempoh tujuh hari akan dinaikkan kepada RM10.

Kadar yang perlu dibayar itu bakal meningkat kepada RM20 sekiranya pemilik kenderaan berkenaan hanya melunaskan kompaun berkenaan dalam tempoh antara tujuh dan 14 hari.

Sebelum ini, individu yang dikompaun atas kesalahan terbabit yang melakukan penyelesaian dalam tempoh sama hanya perlu membayar RM10.

Begitupun, kadar bagi kompaun yang dibayar lewat melebihi dua minggu pula kekal RM40.

Jurucakap MBKT menjelaskan, kadar baharu tersebut hanya dikenakan bagi pengeluaran kompaun bagi kesalahan meletak kenderaan di seluruh bandar raya ini mulai 15 November.

Katanya, kadar lama masih dikekalkan terhadap tunggakan kompaun bagi kesalahan sama yang dikenakan sebelum ini.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca utama…