Kombo G 63 AMG dan bot mewah dari Mercedes-AMG dan Cigarette Racing

oleh Mohamad Hanif|
Apa yang anda perlu buat dengan duit yang tidak pernah akan habis dari akaun, beli rumah agam pun sudah serta koleksi kereta yang sangat banyak di dalam garaj.

Jawapannya: beli sebuah bot mewah dan sebuah Mercedes-AMG G 63.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi satu kerjasama yang aneh, Mercedes-AMG dan Cigarette Racing telah melancarkan bot mewah berukuran 18 meter Tiranna AMG Edition untuk digandingkan dengan Mercedes-AMG G 63 Cigarette Edition bertempat di Miami International Boat Show. 

Ini bukan kali pertama kerjasama sedemikian berlaku, memandangkan sebelum ini kedua-dua syarikat ini telah pun memperkenalkan kira-kira 11 buah produk bot mewah. 
 


Tiranna AMG Edition dikuasakan oleh tidak kurang daripada enam unit enjin bentangan V8 4.6 liter Mercury Racing 450R dengan unit pengecas lampau, dengan output mencecah 2,700 hp dan mampu bergerak sepantas 129 kilometer per jam. 

Bot mewah ini turut menampilkan komponen unik gyrostabilizer yang mampu mengurangkan olengan sebanyak 80 peratus, menjadikan pelayaran lebih selesa, terutama dengan muatan seramai 26 orang pada satu-satu masa. 
 


Terdapat juga sebuah katil bersaiz king, ruang mandi yang cukup besar, sofa, peti sejuk dan juga televisyen. 

Sistem hiburan didatangkan dengan unit JL Audio Marine berkuasa 5,200 watt dengan 29 unit pembesar suara, termasuk sistem pencahayaan RGB yang boleh dikawal menerusi aplikasi mudah alih. 
 


Sementara itu, Mercedes-AMG G 63 Cigarette Edition pula dilayangkan cat berwarna hitam metalik yang diselangi dengan elemen emas yang serba unik. 

Terdapat juga AMG Night Package yang merangkumi gril radiator AMG berwarna krom gelap, bull bar, serta side step yang dikemasi dengan warna hitam matte. 
 


Keempat-empat sudut SUV ini didatangkan dengan set rim bersaiz 22 inci dengan layangan warna dua tona.

Usah ditanyakan berapakah harga untuk kombo bot mewah dan G 63 AMG ini...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dapatkan sahaja khidmat daripada Brabus, di mana anda boleh memiliki sebuah G-wagen yang lebih…