Dengan adunan pelbagai jenis elemen seperti jentera, musik, budaya, fesyen, bundle, bmx serta makanan, maka tidak hairanlah ia sebuah event yang patut kita lawati di dalam kalendar tahunan bagi peminat budaya seperti ini.
Ketika kami sampai (sekitar jam 4 petang), kami terkejut dengan suasana event yang sangat santai ditepi sungai dan beberapa buah kereta dan motosikal klasik mula disusun dan beberapa peniaga mula menghiasi kedai masing-masing dengan tema tersendiri.
Sekitar jam 5 petang, kami dijemput oleh Usman Mang, yang merupakan Salah seorang dari pihak penganjur yang fasih berbahasa melayu untuk bersama-sama dengan rombongan kereta dan motosikal klasik berkonvoi menyusuri kampung dan menuju ke Empangan Sadao sejauh 10 kilometer. Rasa sangat bertuah kami dilayan begitu baik sekali dengan diberi peluang menaiki pickup polis Thailand sebagai pengiring konvoi terbabit.
Team Careta bersama Persatuan Vespa Lambretta Negeri Kedah dan Penganjur Gheyuh-Ghendah Festival telah diberi penghormatan untuk naik kepentas dan kami turut ditemubual oleh pengacara berkenaan event ini. Dan dari situ kami dapat tahu tiada media dari Malaysia pernah datang ke event mereka sehingga yang ke-7 ini.