Koleksi rekaan ekzos yang menipu di Paris Motor Show 2018

oleh Mohamad Hanif|
Sejak kebelakangan ini, telah menjadi satu kebiasaan di kalangan pengeluar automotif utama untuk hadir dengan rekaan bumper belakang diiringi elemen tip ekzos palsu yang langsung tidak berfungsi, selain daripada mengimbangi kembali rekaan bumper belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebut sahaja bentuk yang wujud pada kereta masa kini - melonjong, segi empat, bulat bahkan trapezoid - boleh dikatakan hampir kesemuanya direka bagi menampakkan ia seakan tip ekzos yang sebenar - kecuali satu model tempatan.

 

Jadi, menerusi acara Paris Motor Show 2018, demam trend ekzos palsu berkilat tersebut dilihat tidak lagi kebah dan masih menular di kalangan para pengeluar walaupun menerima kritikan hebat daripada peminat setia automotif.

Berikut merupakan senarai model kenderaan yang hadir dengan ciri tip ekzos menipu palsu ini.
 

Audi A6


Tip ekzos berkembar dengan rekaan tertutup. Ya, kedua-duanya serupa. 

 

BMW X5


Hadir dengan rekaan yang berfungsi, namun masih boleh dilihat bukaan paip ekzos yang asal. Tidak seperti di atas.

 

DS3 Crossback


Next!

 

Kia Proceed


Nampaknya Kia juga terbabit dalam gejala tip ekzos palsu ini. 

 

Mercedes-Benz


Agak menghairankan apabila jenama premium seperti Mercedes-Benz tampil dengan rekaan murah ini. 


Pengecualian boleh diberikan kepada beberapa model prestasi seperti Mercedes-AMG GT4 43 yang menampilkan dengan rekaan ekzos yang sama hala dengan tip ekzos palsu di bumper (dan bukan menghala ke bawah).

 

Toyota


Nampaknya Toyota juga ingin menjebakkan diri menerusi Toyota Corolla baharu mereka.

Sumber: CarScoops

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"ada sesiapa yang sebut nama saya ke?"