Koleksi model Ferrari edisi terhad Shell pada harga RM15.90!

oleh SALINA JALIL|
Pengumpul koleksi model kereta mainan, pasti teruja dengan berita terbaharu dari Shell Malaysia ini! Shell muncul kembali dengan koleksi model Ferrari edisi terhad mulai 1 Julai sehingga 8 September 2019.


Koleksi ini adalah sempena dengan ulang tahun ke-70 Ferrari dan kali ini ia menawarkan lapan model ikonik pada harga RM15.90 seunit dengan setiap pembelian bahan api seminima RM30 dalam satu resit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "Pelanggan kami sentiasa mendapat tempat di hati kami dan kami sentiasa mencari cara bagaimana menjadikan perjalanan kehidupan mereka lebih baik. Dengan koleksi edisi terhad lapan model Ferrari ini, kami ingin memberi semangat untuk mengumpul, bermain dan mencipta lebih banyak kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan". 

 

Kempen koleksi kereta Shell telah bermula sejak 1 Julai dahulu dengan dua model ikonik iaitu Ferrari 488 Spider dan model Ferrari Daytona (Ferrari 365 GTB / 4) pada minggu pertama kempen. Setiap dua minggu, Shell akan mengeluarkan dua model lain seperti Ferrari Testa Rossa, Ferrari 430 Scuderia, Ferrari 250 GTO, Ferrari 288 GTO, Ferrari F50, dan tentu saja, Ferrari SF71H;kereta Formula One Ferrari yang terkenal.
 

 

Shairan turut berkata,"Koleksi eksklusif Ferrari  ini bukan sahaja mengembalikan kempen Shell tetapi ia turut meraikan perkongsian teknikal Shell dan Scuderia Ferrari yang memberikan komitmen yang tinggi bagi mendapatkan pretasi terbaik. Kami berbangga untuk mengatakan bahawa bahan api perlumbaan Shell V-Power yang digunakan oleh Scuderia Ferrari mengandungi 99% jenis sebatian yang sama seperti bahan api jalan Shell V-Power yang tersedia di setiap stesen Shell di seluruh dunia. Dengan teknologi DYNAFLEX proprietari kami, bahan api berkualiti tinggi Shell dapat membantu memulihkan prestasi enjin, untuk pemacu yang lebih berkuasa dan cekap", tambah beliau lagi.
 

 

Selain itu, Shell turut memaklumkan bahawa dengan pembelian pek Shell Helix Ultra empat liter, pelanggan berpeluang mendapat model Trak secara percuma. Tanpa pembelian pek tersebut, harga model Trak tersebut adalah RM99.90 setiap satu.

 

Disamping koleksi kereta, Shell turut menawarkan rebat sebanyak RM5 apabila pelanggan membelanjakan seminimum RM50 dengan penggunaan Touch N Go, manakala 5 peratus kembali tunai disediakan dengan perbelanjaan terkumpul seminimum 3 kali yang bernilai RM150 melalui penggunaan Kad Debit Maybank.

 

Shell turut menganjurkan Galeri ShellVroom di lokasi terpilih iaitu di Sunway Pyramid (11-14 Julai 2019) dan Paradigm Mall Johor Bahru (19-21 Julai 2019).


Maklumat lanjut tentang kempen Ferrari terkini, sila layari https://www.shell.com.my/koleksiferrari

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ParkEasy merupakan satu medium pintar yang membolehkan pemandu menempah slot parkir di pusat…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan Randstad bagi Singapura dan Malaysia, Jaya Dass, berkata pencapaian Shell…
Berita Domestik
Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini…