Koleksi jam tangan edisi terhad Tissot bersempena MotoGP 2019

oleh Mohamad Hanif|
Tissot dan MotoGP bukanlah satu gandingan entiti yang begitu asing di kalangan para peminat sukan permotoran, bahkan Tissot sudah pun lama menjadi Penjaga Masa Rasmi di dalam acara berprestij itu semenjak tahun 2001 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penglibatan Tissot di dalam acara sukan permotoran bukan sekadar untuk mecari gah semata-mata, akan tetapi ia menunjukkan refleksi kepada penggunaan teknologi di sebalik pergerakan jam tangan Tissot.

Ia juga menunjukkan semangat syarikat pembuat jam yang sentiasa mahu mengatasi batasan teknologi di dalam apa juga yang mereka lakukan, seperti mana semangat yang sama ditunjukkan oleh para pelumba sebelum, semasa dan ketika mengakhiri perlumbaan. 

Sebagai Penjaga Masa Rasmi MotoGP, Tissot juga turut menghasilkan jam tangan rasmi MotoGP yang diinspirasikan darpada jentera-jentera lumba MotoGP bermula tahun 2003. 

Meneruskan tradisi, tahun ini Tissot sekali lagi memperkenalkan barisan jam tangan edisi perlumbaan Tissot T-Race yang wajib dimiliki oleh para peminat sukan MotoGP. 

Terdiri daripada lima buah model yang berbeza, setiap satu jam tangan Tissot edisi khas ini memiliki ciri dan karakteristik tersendiri yang mampu menyerlahkan lagi penampilan anda di dalam litar lumba.

Ataupun ketika sedang menyaksikan tayangan langsung perlumbaan MotoGP.
 

Tissot T-Race MotoGP 2019 Chronograph Limited Edition


Jam tangan edisi terhad ini hanya dihasilkan dalam 4,999 unit sahaja dan ia banyak menampilkan karakter yang kuat serta butiran yang diinspirasikan daripada sukan berprestij itu. 

Lihat sahaja pada bezel dengan rekaan yang ikonik ala-ala cakera brek serta bahagian belakang casis yang diukir dengan logo rasmi MotoGP menyerlahkan lagi penampilan jam tangan ini. 

Ia dikuasakan oleh pergerakan kuartza Swiss yang dilindungi oleh casis keluli tahan karat dan mampu bertahan di dalam tekanan air sehingga kedalamann 100 meter. 

Jam tangan Tissot T-Race MotoGP 2019 Chronograph Limited Edition ini mempunyai berat hanya sekitar 124 gram sahaja, dan didatangkan dengan tali jam yang diperbuat daripada getah dengan kemasan kulit lembu dan sintetik. 
 

 

Tissot T-Race MotoGP 2019 Automatic Chronograph Limited Edition


Sebuah lagi penawaran Tissot menerusi siri T-Race MotoGP 2019 yang didatangkan dengan pergerakan automatik chronograph. 

Sama seperti model di atas, model dengan pergerakan automatik ini juga turut didatangkan dengan casis keluli tahan karat yang disaluti dengan bahan PVD hitam dan rose gold dan mempunyai berat hanya sekitar 153 gram sahaja. 

Antara rekaan unik yang ada pada jam tangan ini adalah bahagian belakang casis yang jelas mengambil inspirasi daripada roda motosikal. 

Rekaan ini membolehkan anda menikmati setiap pergerakan jisim berayun yang ditawarkan pada pergerakan automatik jam tangan ini. 

Harus diingatkan, jam tangan ini hanya dihasilkan dalam 3,333 unit terhad sahaja!

 

 

Tissot T-Race Marc Marquez 2019 Limited Edition
Tissot T-Race Jorge Lorenzo 2019 Limited Edition
Tissot T-Race Thomas Luthi 2019 Limited Edition


Tiga unit jam tangan khas yang turut ditawarkan di dalam siri T-Race 2019 Limited Edition bersempena nama pelumba terkemuka di dalam MotoGP.

Menampilkan spesifikasi yang sama, ketiga-tiga jam tangan ini dikuasakan oleh pergerakan kuartza Swiss di dalam casis keluli tahan karat dan mempunyai berat 118 gram sahaja. 

Sama seperti jam tangan yang lain, tiga model ini juga mempunyai ketahanan terhadap tekanan air pada kedalaman sehingga 100 meter dan permukaan jam dilindungi oleh kaca Sapphire yang disaluti bahan anti-reflektif. 

Menariknya, setiap model jam tangan edisi terhad ini dihasilkan mengikut nombor jentera lumba masing-masing, seperti 1,993 unit untuk jam tangan T-Race Marc Marquez, 1,999 unit sahaja untuk T-Race Jorge Lorenzo manakala model jam tangan T-Race Thomas Luthi sebanyak 1,212 unit sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…