Koleksi enam jam tangan Adventurer's Stone bersempena ulang tahun yang ke-40 G-SHOCK

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun G-SHOCK yang ke-40, Casio melancarkan koleksi enam jam tangan baharu yang diinspirasikan daripada batu mineral yang digunakan oleh pengembara zaman lampau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Uniknya, setiap satu jam tangan itu telah dihasilkan mengikut tekstur batu mineral yang berbeza (batu matahari, batu kalsit, dan batu cordierite).

Anda boleh melihat sendiri struktur bezel keluli setiap jam yang telah dibentuk dan ditempa untuk menghasilkan semula rasa permukaan batu yang kasar.

Enam model jam tangan di bawah siri Six Adventurer's Stone adalah seperti berikut:


 

GM-5640GEM


GM-5640GEM - menggunakan model asal G-SHOCK GM-5600, jam ini diinspirasikan daripada batu matahari (sunstone) - mineral yang dikaitkan dengan "membawa kemenangan".

Keseluruhan bezel dikemaskan dengan penyaduran ion berwarna pelangi yang mampu berubah warna bergantung kepada sudut pandangan.

 

GM-114GEM


GM-114GEM - menggunakan asas GM-110, jam GM-114GEM ini diinspirasikan daripada batu kalsit (calcite) yang boleh didapati dalam pelbagai warna dan mampu "membawa ke arah kejayaan".

Ia membawakan kemasan dua tona hitam dan emas.


 

GM-2140GEM


GM-2140GEM - membawakan rekaan GM-2100 yang popular dan ringkas, dan mengambil inspirasi daripada batu cordierite - mineral yang dikaitkan dengan "menunjukkan jalan".

Warna biru cordierite ini dihasilkan semula dengan bezel logam bersalut ion biru, sementara tali jam pula menggunakan teknik acuan Garal yang mencampurkan dua jenis damar yang berbeza.


 

GM-S5640GEM


GM-S5640GEM - menggunakan asas daripada GM-S5600, rekaan jam ini diinspirasikan daripada batu kalsit lut sinar.

Permukaan bezel bercorak kristal kalsit itu dihasilkan dengan menggunakan ukiran laser sebelum diakhiri dengan penyaduran ion pelangi.
 

GM-S114GEM

 

GM-S114GEM - jam berwarna ungu ini menggunakan asas daripada GM-S110.

Ia menampilkan gandingan warna dua tona ungu dan kelabu yang dihasilkan menerusi proses penyaduran ion yang mencipta semula penampilan warna ungu kalsit yang tersendiri.

 

GM-S2140GEM


GM-S2140GEM - menggunakan asas daripada GM-S2100, jam tangan keenam ini membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada batu kalsit kuning keemasan.

Struktur bezel itu dikemaskan dengan proses penyaduran ion emas, diikuti dengan teknik pemendapan wap pada permukaan dial dan penanda jam.

Setakat ini pihak Casio Malaysia masih belum mengumumkan harga bagi enam utas jam tangan di bawah koleksi Adventurer's Stone ini.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan berdasarkan siri MUDMAN GW-9500 itu akan mula dijual di pasaran Jepun bermula Februari…
Gaya Hidup
Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-…
Gaya Hidup
Dua produk G-SHOCK ditawarkan, iaitu GM-B2100LL dengan harga jualan RM4,795 berdasarkan model GM-…